Pelakon Vanidah Imran Terlibat Kemalangan. Berita tentang nahas kemalangan di mana kereta yang dipandu Vanidah Imran terbakar mengemparkan industri hiburan. Mini Cooper yang dipandunya dikatakan terbakar tiba-tiba berhampiran Sungai Besi kira-kira jam 3 pagi tadi.
Ketika kejadian, Vanidah Imran dikatakan sedang dalam perjalanan pulang dari penggambaran drama di Serdang.
Dari petikan laporan Berita Harian, Rashidi Ishak yang merupakan suami kepada Vanidah Imran memaklumkan bahawa isterinya selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Dia tak apa-apa, masih tidur lagi. Alhamdulillah dia terselamat daripada sebarang kecelakaan. Cuma sedikit trauma dengan apa yang terjadi. Kereta itu memang rosak dan hancur teruk selepas terbakar.
“Punca kereta boleh terbakar tidak diketahui dan kami menyerahkan kepada pihak berkaitan untuk menjalankan siasatan. Kami juga sudah membuat laporan polis di Puchong,” katanya.
Kata Rashidi, dia bergegas ke tempat kejadian sejurus mendapat panggilan daripada isterinya.
Kereta Mini Cooper yang dipandu oleh Vanidah itu merupakan hadiah kemenangan setelah pasangan suami isteri itu menjadi juara pertandingan Sehati Berdansa musim pertama pada tahun 2007.
Dibawah ini dikongsikan Gambar Kereta Mini Cooper Vanidah Imran Yang Terbakar
Syukurlah Vanidah Imran selamat dalam insiden tersebut.
kredit gambar: rotikaya
Incoming search terms:
- berita terkini pelakon rashidi ishak (3)
- kisah terkini vanida imran kemalangan (3)
- vanidah imran kemalangan (2)
- vanida imran kemalangan (2)
- kereta vanida imran terbakar (2)
- pelakon vanida imran kemalangan (2)
- rashidi ishak kemalangan (1)
- Kisah kemalangan valnida imran (1)
- kereta varnida imran terbakar (1)
- berita terkini vanidah imran kemalangn (1)