Betul Ke Drama Dia Isteri Luar Biasa Tidak Bermoral? | Setiap kali ditayangkan sebuah drama bersiri terbaru di kaca TV pasti ia akan mendapat komen yang berbeza dari penonton. Ada yang mengemari dan menyokong, tidak kurang juga yang mengutuk dan mengkritik.
Hal yang sama terjadi kepada drama bersiri terbaru yang ditayangkan di Slot Akasia setiap Isnin hingga Khamis jam 6.55 petang. Dia Isteri Luar Biasa, satu lagi drama bersiri dari adaptasi novel. Banyak juga komen-komen positif tentang lakonan para pelakonnya. Namun ada juga kritikan dan komen-komen pedas yang mengatakan jalan cerita drama ini seperti tidak bermoral.
ARTIKEL BERKAITAN : Sinopsis Drama Dia Isteri Luar Biasa
Baru-baru ini ada peminat yang telah meluahkan rasa tidak puas hati dengan jalan cerita Drama Dia Isteri Luar Biasa. Dakwa peminat tersebut drama ini seolah menyampaikan mesej yang tidak baik. Seorang wanita yang ingin mendapat anak, sanggup memerangkap seorang lelaki sehingga terpaksa kahwin akibat ditangkap khalwat. Ketidakpuashatian peminat ini telah diluahkan di komen instagram penerbit drama tersebut.
Drama adalah sebuah hiburan. Setiap hiburan pasti melalaikan jika kita melihat pada kaca mata yang negatif. Seperti komen balas dari penerbit drama Dia Isteri Luar Biasa, Ziela Jalil
” Kalau macam tu tak payah tenguk lah, ada banyak lagi station lain yang boleh jadi pilihan awak”
Kalau kita rasa sesuatu perkara itu melalaikan atau merugikan, tak perlulah kita nak mengikutinya. Betul tak? Setiap karya yang terhasil sebenarnya, pasti ada mesej yang tersendiri. Baik atau buruk adalah pada tafsiran kita. Adakalanya mesej yang cuba disampaikan dalam sesuatu karya itu tidak sama tafsiran mesejnya dari pembaca dan penonton.
Anda rasa Betul Ke Drama Dia Isteri Luar Biasa Tidak Bermoral?
kredit gambar: Rotikaya
Incoming search terms:
- Hiburan Terkini mengatakan ingin menamatkan siaran Dia Isteri Luar Biasa (3)
- fakta buruk drama isteri luar biasa (2)
- komen cerita dia isteri luar biasa (2)
- dia istri luar biasa drama (2)
- dia isteri luar biasa tidak bermoral (2)
- siaran istri luar biasa (2)
- pelik cerita dia isteri luar biasa (2)
- dia isteri liar biasa drama tdk bermoral (2)
- komen drama dia isteri luar biasa (2)
- cermin mata bulatd derama istriku luar biasa (2)