Quantcast
Channel: Hiburan – Nota Info
Viewing all articles
Browse latest Browse all 236

Sinopsis Drama Bersiri Bidadari

$
0
0

Sinopsis Drama Bersiri Bidadari | Drama bersiri terbaru di slot Lestary TV3 bertajuk Bidadari. Ditayangkan setiap Rabu dan Khamis, drama Bidadari akan memasuki episod kedua esok. Episod pertama Bidadari telah disiarkan pada 30 April lalu.

Antara barisan pelakon yang menjayakan drama Bidadari ini adalah Amyra Rosli, Shahz Jaszle, Nonny Nadirah, Syazwan Zulkifly, Sherie Merlis, Zamarul Hisham, Azhan Rani.

Drama Bidadari mengisahkan tentang seorang gadis bernama Suria yang dilakonkan oleh Amyra Rosli. Suria adalah anak kepada Delima (Sherie Merlis) yang merupakan seorang penyanyi kelab. Suria juga terpaksa menempuh keperitan hidup dengan bapa tirinya, Anjang (Azhan Rani).

Sinopsis Drama Bersiri Bidadari

 

Anjang seorang kaki judi dan gemar berfoya. Dia sentiasa mengambil kesempatan dengan mempergunakan Suria dan ibunya. Akibat sering diherdik dan didera Suria sukar untuk menerima kehadiran seorang ayah tiri seperti itu.

Delima seolah memendam sebuah rahsia. Biarpun Suria melayan ibunya dengan begitu baik sekali, Delima menganggap Suria hanya sebagai beban dalam hidupnya.

Nak dijadikan cerita, suatu hari Suria dan Delima nekad meninggalkan rumah kerana sudah tidak tahan dengan sikap Anjang. Takdir menentukan, mereka telah bertemu dengan Tengku Iskandar (Zamarul Hisham) yang merupakan seorang pemilik restoran. Tengku Iskandar tertarik dengan nyanyian Delima dan telah memberikan kedua beranak ini tempat berteduh untuk memulakan kehidupan yang baru.

Malah pertemuan itu juga telah membuka hati Tengku Iskandar untuk memperisterikan Delima. Jauh di hati Delima, dia hanya mengimpikan kemewahan dan dia sanggup buat apa saja semata-mata untuk mencapai impiannya.

Suria kini sudah memiliki seorang adik tiri bernama Tia, (Nonny Nadirah) yang ikhlas menerima kasih sayang Delima dan Suria.

Namun sikap Delima yang tamak bakal memusnahkan kebahagian yang baru terbina. Lebih memburukkan keadaan bila Delima mendapat tahu tentang rahsia Tengku Iskandar menyimpan isteri pertamanya bernama Melati yang koma dan dirawat di sebuah bilik rahsia.

Harapan Suria dan Tia untuk memiliki keluarga bahagia mulai musnah. Malah dalam masa yang sama Suria juga berada dalam dilema bila dia mula didekati dua insan istimewa dalam hidupnya, Adi (Shahz Jaszle) yang ikhlas mencintainya dan Lukman (Syazwan Zulkifli), abang tirinya yang sanggup berubah semata-mata untuk memenangi hati Suria.

Bagaimana Suria akan berdepan dengan semua rintangan itu dalam masa yang sama terus kekal sebagai insan berhati bidadari? Mengapakah Delima membenci Suria?

Untuk mengetahui kesudahan kisah yang menarik ini, jangan lupa saksikan drama bersiri Bidadari setiap Rabu dan Khamis jam 9 malam di slot Lestary di TV3.

 

Incoming search terms:


Viewing all articles
Browse latest Browse all 236