Amar Baharin Cedera Ditumbuk Di Lokasi Penggambaran | Pelakon Amar Baharin dikatakan telah mengalami kecederaan di bahagian mata selepas ditumbuk ketika sedang menjalani penggambaran drama Jalan Cinta Ke Syurga di Rawang
Kata Amar Baharin, kejadian berlaku ketika beliau dan beberapa pelakon tambahan lain sedang melakonkan adegan pergaduhan dan secara tidak sengaja beliau terkena tumbukan oleh seorang pelakon baru iaitu Redza Rosli.
“Sedang asyik bergelut, Redza yang sepatutnya menumbuk saya dengan kadar perlahan telah pun terlebih sasaran lalu menyebabkan kulit pada bahagian kelopak mata terkoyak,” tambahnya lagi.
Bagaimanapun Amar tetap meneruskan penggambaran selepas itu sebelum beliau dihantar ke Hospital Pakar KPJ Rawang untuk mendapatkan rawatan.
Doktor yang merawat Amar memaklumkan kepadanya bahawa luka di bahagian matanya itu agak dalam dan terpaksa dijahit.
Malang tidak berbau. Kemalangan boleh berlaku di mana-mana. Semoga Amar Baharin cepat sembuh.
sumber: rotikaya
Incoming search terms:
- amar baharin cedera di set pengambaran (3)
- amar baharin cedera (2)
- amar baharin kemalangan (2)
- hati perempuan lokasi (2)
- lokasi pengambaran dia isteri luar biasa (1)
- lokasi lakonan syurga nur (1)
- kemalangan amar baharin (1)
- ammar baharin exciden (1)
- amarbaharin di tumbuk (1)
- redza rosli tumbuk amar baharin (1)