Tonton Drama Cinta Hati Batu yang merupakan adaptasi novel One Day You’ll Be Mine karya Inawza Yusof. Dibintangi oleh Ashraf Muslim, Aishah Azman dan Fadlan Hazim. Drama bersiri 20 episod ini telah diarah oleh Amor Rizan untuk siaran slot Lestary pada setiap Rabu dan Khamis, pukul 9.00 malam di TV3 bermula 28 Disember.
Senarai Pelakon Drama Cinta Hati Batu dan watak yang dilakonkan
Aishah Azman sebagai Anith Fitriah
Ashraf Muslim sebagai Dzul Ehsan
Fadlan Hazim sebagai Nik Afezal
Indah Emeerlda sebagai Aya
Nadzmi Adhwa sebagai Farez
Nadiyah Shahab sebagai Nahda
Farisha Irwayu sebagai Asmah
Shahriza Mahmud sebagai Rohaya
Mili Supina sebagai Zubaidah
Mustaqim Bahadon sebagai Hazmi
Ardell Aryana sebagai Elisa
Sasqia Dahuri sebagai Farisha
Fana Azizan sebagai Rini
Ain Edruce sebagai Mega Ariyana
Livonia Ricky Guing sebagai Kristine
Ikhlas Jalil sebagai Khairil
Sinopsis Drama Cinta Hati Batu
Drama Cinta Hati Batu mengisahka tentang Anith Fitriah yang hanya mengimpikan sebuah kisah percintaan yang sempurna, tetapi akhirnya penderitaan yang dimilikinya. Perkahwinannya bersama Dzul Ehsan terjadi atas desakan dan aturan keluarganya.
Anith rela berkahwin kerana merasakan itu sahaja caranya untuk dia melupakan bekas tunangnya, Nik Afezal yang dikhabarkan terkorban dalam satu kemalangan. Perkahwinan yang pada dasarnya atas niat yang murni, sebenarnya membebankan Anith.
Ehsan adalah seorang duda dan mempunyai seorang cahaya mata bernama Aya. Anith berjaya menjadi seorang ibu yang penyayang. Namun perkahwinannya bersama Ehsan terpaksa berakhir kerana perkahwinan mereka tidak bahagia.
Dalam tempoh berduka itu, Anith telah bertemu semula dengan bekas tunangnya Nik Afezal yang disangkanya telah meninggal. Anith mendapati bahawa kematian Nik Afezal beberapa tahun dahulu rupanya satu helah keluarga Nik Afezal untuk memisahkan mereka.
Selepas tiga tahun bertemu kembali, Anith kembali mencintai Nik Afezal semula. Tetapi Nik Afezal bukan lagi seperti dulu. Dia sebenarnya menghidap penyakit kemurungan dan sering bertindak diluar kewarasan pemikiran.
Mampukah Anith mendapatkan percintaan yang sempurna seperti yang diinginkannya?
Lagu Tema Drama Cinta Hati Batu
Judul lagu : Kata Akhirmu
Penyanyi : Ariff Bahran
Selamat menonton Drama Cinta Hati Batu
The post Drama Cinta Hati Batu appeared first on Nota Info.