Quantcast
Channel: Hiburan – Nota Info
Viewing all articles
Browse latest Browse all 236

Drama Kekasih Paksa Rela

$
0
0

Drama Kekasih Paksa Rela Slot Akasia TV3 lakonan Remy Ishak, Intan Najuwa dan Ain Edruce akan bersiaran selama 28 episod. Kekasih Paksa Rela telah diterbitkan oleh Creative Skill Solution Sdn Bhd dan mula disiarkan pada 26 Disember 2017 pada setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam.

Sinopsis Kekasih Paksa Rela

Kekasih Paksa Rela mengisahkan tentang Adham lakonan Remy Ishak dan Rosnaida (Ain Edruce) yang bernikah sejurus selepas tamat belajar tanpa persetujuan dari Dato’ Azman yang merupakan ayah kepada Adham.

Susulan dari peristiwa itu, hubungan antara Rosnaida dan Dato’ Azman tidak pernah baik, biarpun Adham telah usahakan pelbagai cara untuk merapatkan hubungan antara isteri dan ayahnya.

Akibat berputus asa dengan sikap ayah mertuanya, Rosnaida nekad untuk membawa diri dan melanjutkan pelajarannya ke Amerika Syarikat dan tidak mahu pulang ke Malaysia.

Drama Kekasih Paksa Rela

Sewaktu ketiadaan Rosnaida, Adham telah menyelamatkan seorang gadis bernama Hanan lakonan Intan Najuwa daripada terus menjadi mangsa kejahatan ayah tirinya. Adham dan Rosnaida mulai akrab, untuk mengelak timbulnya fitnah, Adham telah memperisterikan Hanan tanpa berbincang dengan Rosnaida terlebih dahulu.

Konflik mulai timbul bila secara tiba-tiba Rosnaida pulang semula ke Malaysia. Sanggupkah Adham menceraikan salah seorang dari isterinya atau mampukah Adham berlaku adil dalam kehidupan berpoligami?

Selain Remy Ishak, Intan Najuwa dan Ain Edruce, barisan pelakon lain yang turut menjayakan Drama Kekasih Paksa Rela adalah Afzan Rahman, Dayang Areeda, Nynaa Harizal, Jalaludin Hassan, Emelda Rosemila, Fizz Fairuz, Aman Graseka, Khaty Azian dan ramai lagi. Kekasih Paksa Rela telah diarahkan oleh Idora Abdul Rahman

Lagu Tema Drama Kekasih Paksa Rela

Lagu Pasti nyanyian Cherpen Band telah dipilih sebagai OST untuk Kekasih Paksa Rela

Jika anda tertarik dengan Sinopsis Drama Kekasih Paksa Rela dan ingin tahu kesudahan kisah ini, jangan lupa tonton pada setiap Isnin Hingga Khamis, jam 7:00 malam hanya di slot Akasia TV3

The post Drama Kekasih Paksa Rela appeared first on Nota Info.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 236