Quantcast
Channel: Hiburan – Nota Info
Viewing all 236 articles
Browse latest View live

Awal Ashaari Kemalangan Di Melaka

$
0
0

Awal Ashaari Kemalangan Di Melaka | Pengacara popular Awal Ashaari dilaporkan terlibat dalam kemalangan jalanraya pagi tadi sewaktu dalam perjalanan ke tapak karnival Jom Heboh di Stadium Hang Jebat Melaka untuk mengacarakan rancangan Melodi.

Awal Ashaari Kemalangan Di Melaka

Kemalangan tersebut berlaku berhampiran kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Ayer Keroh arah selatan. Ketika itu awal bersama pengurusnya Izuan Mokhtar. Berita tentang kemalangan tersebut telah disahkan oleh wartawan dan pengacara, Zuan Azmi. Beliau telah memuat naik gambar kereta awal yang remuk di akaun Instagramnya.

Zuan Azmi turut menyatakan bahawa Awal telah dibawa untuk mendapatkan rawatan di Hospital Besar Melaka dan kini berada dalam keadaan selamat.

Mudah-mudahan tiada kecederaan serius yang berlaku dan semoga Awal Ashaari cepat sembuh. Beberapa keping lagi Gambar Awal Ashaari Kemalangan Jalanraya

Awal Ashaari Kemalangan Jalanraya

Gambar Awal Kemalangan

Awal Ashaari Kemalangan Jalanraya Di Melaka

Foto Awal Ashaari Kemalangan

Kereta Awal Ashaari Remuk Teruk

Gambar Awal Ashaari Di Hospital

Kredit Gambar

Incoming search terms:


Sinopsis Drama Hati Perempuan

$
0
0

Sinopsis Drama Hati Perempuan | Drama bersiri terbaru di slot Akasia bertajuk Hati Perempuan akan mula bersiaran hari ini, 30 Mac 2015 mengantikan drama Teman Lelaki Upahan. Adaptasi dari karya novelis Nur Ain Al-Abbas, drama bersiri arahan Kas Roshan ini akan ditayangkan selama 28 episod.

Sinopsis Drama Hati Perempuan

Dibintangi oleh pelakon Syarul Ridzwan sebagai Tengku Zaril dan Mia Ahmad sebagai Yuhanis dan turut dibantu oleh Hafreez Adam, Hafeez Mikail, Nadzmi Adhwa, Bella Nazari, Zuhairie Ibrahim, Noniswara, Mustaqem Bahadhon, Azlan Azman, Beego, Niena Baharun, Azhar Sulaiman, Lia Asmizz, Hazwan Halim, Kuna Muzani, Ryiena Ismail, Khatijah Tan, Aidil Aziz, Hanafi Rahman

Artikel Berkaitan: Sinopsis Drama Bencinta Di Slot Samarinda

Hati Perempuan mengisahkan tentang Yuhanis, seorang gadis tegas dan berdikari yang bekerja sebagai seorang arkitek di syarikat Izzudin & Co. Manakala, Tengku Zaril seorang jejaka kacak yang juga CEO Paradigma Holding, mempunyai rangkaian perniagaan seluruh dunia. Ketampanan dan kekayaan Tengku Zaril sering menjadi kegilaan gadis-gadis tetapi tidak pada Yuhanis. Baginya, Tengku Zaril ialah lelaki kaya yang sinis dan menjengkelkan.

Tetapi entah mengapa Tengku Zaril tiba-tiba melamar Yuhanis sedangkan sering sahaja mereka berselisih faham ketika berurusan. Idea gila Tengku Zaril ditolak kerana Yuhanis masih lagi memendam luka yang masih lagi berdarah di hati setelah ditinggalkan kekasihnya Daniel Idrus (Hafreez Adam). Namun Tengku Zaril tidak putus asa dan cuba memenangi hati Yuhanis dengan alasan mereka saling memerlukan.

ARTIKEL BERKAITAN: OST DRAMA HATI PEREMPUAN

Tengku Zaril mula berubah sikap kerana baginya tiada perempuan lain yang boleh dijadikan isterinya melainkan Yuhanis. Kedatangan rombongan keluarga Tengku Zaril untuk meminang mengejutkan Yuhanis lebih-lebih lagi apabila ibunya turut menerima pinangan keluarga Tengku Zaril itu. Yuhanis kini terperangkap dengan soal hati bukan sahaja pada Tengku Zaril malah juga pada rakan sekerjanya Nizam (Aidil Aziz) dan Daniel, bekas kekasihnya.

Bakal bersatukah dua jiwa ini sedang hakikatnya Tengku Zaril masih kosong hatinya dengan erti cinta sebenar manakala Yuhanis masih berpaut pada cinta yang lama?

Drama Hati Perempuan

Untuk mengetahui kesudahan kisah antara Tengku Zaril dan Yuhanis, kenalah tonton drama bersiri Hati Perempuan di Slot Akasia setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 6.55 petang di TV3. Untuk yang tidak sempat menonton pada waktu itu boleh juga ikuti ulangan drama Hati Perempuan bermula dari episod 1 hingga episod 28 di tonton.com.my.

Update Terkini : EPISOD AKHIR DRAMA BERSIRI HATI PEREMPUAN

Sumber: Galaksi Media.

Incoming search terms:

Sinopsis Drama Bencinta

$
0
0

Sinopsis Drama Bencinta | Drama terbaru di slot Samarinda TV3 yang mula ditayangkan semalam, 31 Mac 2015 bertajuk Bencinta. Drama 15 episod ini menampilkan gandingan pelakon Fattah Amin dan Fathia Latiff.

Sinopsis Drama Bencinta

BENCINTA mengisahkan tentang seorang anak yatim piatu bernama Nabil yang kehilangan ibunya dalam satu kemalangan jalan raya. Nabil yang ketika itu berusia 10 tahun telah dihantar ke rumah anak yatim oleh ibu saudaranya kerana menganggap Nabil sebagai pembawa malang.

Di sana Nabil berkawan baik dengan Aishah dan Ikmal. Tetapi setahun selepas itu Nabil dijadikan anak angkat oleh Majid dan Maria yang ketika itu tidak mempunyai anak sendiri. Mereka berdua menyayangi Nabil dengan sepenuh hati dan merancang untuk menyerahkan syarikat milik Majid kepada Nabil bila dia besar nanti.

Tidak lama selepas Nabil dijadikan anak angkat, Maria meninggal dunia selepas melahirkan seorang bayi perempuan yang dinamakan Nabila. Amanat terakhir Maria sebelum menghembuskan nafas terakhir adalah supaya Nabil menjaga dan mengahwini Nabila bila mereka besar nanti.

Nabil menjaga Nabila dengan penuh kasih sayang namun sikapnya menjadi terlalu mengongkong membuatkan Nabila membencinya. Kerana inginkan kebebasan, Nabila membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dan mendapat restu dari ayahnya. Nabila juga nekad mengambil jurusan perniagaan kerana tidak mahu syarikat ayahnya jatuh ke tangan Nabil.

Di luar negara, Nabila mula bermain cinta dengan seorang lelaki bernama Adam. Tetapi mereka terpisah seketika bila Adam terpaksa pulang setelah tamat pengajian.

Di Malaysia pula Nabil bertemu semula dengan Aishah dan Ikmal. Ternyata Aishah masih memendam perasaan terhadap Nabil dan mencuba untuk memiliki hati Nabil setelah dia mendapat tawaran bekerja sebagai pembantu peribadi Nabil.

Namun kemunculan Natasya, seorang wanita korporat yang lincah dan suka mengoda Nabil membuatkan Aishah sering makan hati.

Nabila pulang semula ke Malaysia setelah tamat pengajian. Namun keadaan di rumah sudah berbeza. Nabil sudah berkuasa dan mengatur semua urusan kerana Majid sudah uzur. Demi untuk menjaga hati ayahnya, Nabila terpaksa memendam benci dan hanya bersabar dengan kerenah Nabil. Malah Nabil sekadar memberi jawatan yang biasa-biasa sahaja kepada Nabila.

Tidak lama selepas itu Nabila bertemu semula dengan Adam, dan cinta antara mereka kembali mekar semula. Nabila kerap pulang lewat dan perkara itu mula membimbangkan ayahnya. Kerana itu Majid meluahkan rasa untuk menyatukan Nabil dan Nabila. Biarpun tanpa rela, Nabila tetap berkahwin dengan Nabil kerana tidak mahu syarikat ayahnya dimiliki sepenuhnya oleh Nabil.

Tetapi selepas berkahwin Nabila tetap meneruskan perhubungannya dengan Adam tanpa mempedulikan Nabil. Suatu hari Nabil menunjukkan bukti kepada Nabila bahawa Adam telah pun berkeluarga dan mempunyai dua orang anak. Namun Nabila tetap tidak mengendahkan dan membuatkan kerap berlaku pertengkaran antara Nabil dan Nabila.

Suatu hari, akibat tidak dapat mengawal kemarahannya lagi, Nabila telah menyuarakan bahawa dia boleh menguruskan sendiri syarikat itu dan tidak memerlukan Nabil. Akibat itu Nabil rasa tercabar dan terus meletakkan jawatan sebelum menghilangkan diri.

Apa yang akan terjadi kepada kesudahan kisah ini. Adakah Nabila akan menemui jalan bahagia? Jangan lupa saksikan drama bersiri Bencinta di slot Samarinda setiap hari Selasa hingga Khamis jam 10.00 malam di TV3.

 

Incoming search terms:

OST Drama Hati Perempuan

$
0
0

OST Drama Hati Perempuan | Setiap kali ada drama bersiri yang ditayangkan, pasti OST atau lagu tema untuk drama tersebut menjadi tumpuan. Begitu juga kisahnya untuk lagu tema drama bersiri Hati Perempuan.

OST DRAMA HATI PEREMPUAN

Di bawah ini puteri kongsikan lagu tema atau OST untuk drama Hati Perempuan yang ditayangkan di slot Akasia setiap hari Isnin hingga Khamis di TV3. Lirik untuk setiap lagu tema turut disertakan. Jom dengarkan dan hayati

ARTIKEL BERKAITAN : Sinopsis Drama Hati Perempuan

Sampai Mati – Hazama

LIRIK LAGU SAMPAI MATI – HAZAMA
Walau bibir merungkapkan kasih
Mata merasa yang sebaliknya
Wahai jiwa andai kau mampu bicara
Beritahuku isi hatimu
Dan detak jantungku menahan
Arah dan jalan
Agar kita kan bersama
Andai dunia hancur binasa
Ku kan setia sampai mati cintaku
Takkan berserah
Takkan ku mengalah hingga kau buat diriku
Takhta dihati mu
Ku terlihat lagu dan curiga
Diselimutkan satu senyuman
Tanda tanya selamanya menghantui
Oh apa dirimu mahukan aku
Dan biarkan cerita lama
Terpadam sudah
Agar kita kan bersama
Andai dunia hancur binasa
Ku kan setia sampai mati cintaku
Takkan berserah
Takkan ku mengalah hingga kau buat diriku
Takhta dihati mu
Janganlah sesali perjalanan ini
Adakalanya seakan gelita
Setiap saat tabahku berdoa
Cinta kita sampai syurga
Andai dunia hancur binasa
Ku kan setia sampai mati cintaku
Takkan berserah
Takkan ku mengalah hingga kau buat diriku
Takhta dihati mu
Andai hancur dan binasa
Aku kan setia sampai mati cintaku
Takkan, takkan ku mengalah hingga kau buat diriku
Takhta dihati mu

Takkan Pudar – Ernie Zakri

LIRIK LAGU TAKKAN PUDAR – ERNIE ZAKRI
Dingin ku di belenggu jiwa
Bersama cinta pudar kecewa
Tak mungkin ku melupa segala
Kau istimewa di hati ku ini
Menyinta mu
Percaya kenangan indah selama
Namun tiada sentuhan jiwa kan bersama
Tiada bercahaya hangat sinar cinta untuk selama
Bukan ku mengharap sempurna
Sekadar mendingin luka lama
Dalam kelam ku cari arahnya
Tak ku berdaya takdir penentunya
Menyintamu
Percaya kenangan indah selama
Namun tiada sentuhan jiwa kan bersama
Tiada bercahaya hangat sinar cinta untuk selama
Kini mimpi yang hilang
Kembali menjelma jua
Yang tertulis kan pasti
Hadir saatnya
Menyinta mu
Percaya kenangan indah selama
Namun tiada sentuhan jiwa kan bersama
Tiada bercahaya hangat sinar cinta untuk selama
Menyinta mu
Percaya kenangan indah selama
Namun tiada sentuhan jiwa kan bersama
Tiada bercahaya hangat sinar cinta untuk selama

Bunga Dhia – Aiman Sidek

LIRIK LAGU BUNGA DHIA – AIMAN SIDEK

Ku menunggu kamu
Ku menanti kamu saja
Yang terindah dari Dia
Yang tercipta dari Dia

Waktu terus berguling
Dengan doa harapan
Kau didakapanku

Bunga kaulah cahaya
Bunga kaulah bintang
Menerangi siang dan malamku
Mewarnai segenap mimpiku

Ku menunggu kamu
Ku menanti kamu saja
Yang terindah dari Dia
Yang tercipta dari Dia

Waktu terus berguling
Dengan doa harapan
Kau didakapanku

Bunga kaulah cahaya
Bunga kaulah bintang
Menerangi siang dan malamku
Mewarnai segenap mimpiku

Oh ohhhh
Oh ohhhh
Oh ohhhh

Dhia kaulah cahaya
Dhia kaulah bintang
Menerangi siang dan malamku
Mewarnai segenap mimpiku

Jika ada lagu yang lain untuk drama Hati Perempuan, akan puteri kemaskini kemudian. Semoga terhibur.

Incoming search terms:

Siaran Langsung Anugerah Bintang Popular 5 April 2015

$
0
0

Siaran Langsung Anugerah Bintang Popular 5 April 2015 | Malam ini akan berlangsungnya Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 (ABPBH) di Arena Of Stars, Genting Highland.

Siaran Langsung Anugerah Bintang Popular 5 April 2015

Tiga pengacara yang berbakat telah dipilih untuk menerajui acara gilang gemilang malam ini iaitu Sherry Alhadad, AG HotFm dan Amy Mastura.

TV3 selaku penyiar rasmi akan menyiarkan secara live Anugerah Bintang Popular Berita Harian malam ini 5 April bermula jam 9.00 malam. Live Streaming ABPBH 2014 turut akan disiarkan menerusi link live streaming di www.abpbh.com.my

Acara karpet merah ABPBH akan disiarkan bermula jam 7.30 malam dan akan diacarakan oleh Nabila Huda, Hunny Madu, Muadz dan Jasmine HIPTV.

ARTIKEL BERKAITANKeputusan Penuh ABPBH 5 April

Selain itu senarai barisan artis yang akan membuat persembahan ketika acara kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 5 April 2015 nanti adalah Datuk Siti Nurhaliza, Faizal Tahir &The Royale FT Force, Dayang Nurfaizah, Yassin, Achey, Abam, Mark Adam, Elizabeth Tan, Hazama, Black, Azmil Mentor, Azlan Typewriter, Akim, Ayda Jebat, Salamiah Hassan, Atilia, Lefthanded dan Aweera.

Dibawah ini adalah senarai top 5 untuk setiap kategori ABPBH 5 April 2015

1 – Artis Baharu Lelaki Popular

  • Hafreez Adam
  • Hisyam Hamid
  • Nazrief Nazri
  • Shukri Yahaya
  • Syarul Ridzwan

2 – Artis Baharu Wanita Popular

  • Aisyah Aziz
  • Amyra Rosli
  • Ayda Jebat
  • Indah Ruhaila
  • Puteri Balqis

3 – Pengacara TV Lelaki Popular

  • AG
  • Awal Ashaari
  • Datuk AC Mizal
  • Datuk Aznil Nawawi
  • Zizan Razak

4 – Pengacara TV Wanita Popular

  • Fara Fauzana
  • Heliza Helmi
  • Jihan Muse
  • Neelofa
  • Scha Alyahya

5 – Penyanyi Lelaki Popular

  • Aizat Amdan
  • Akim
  • Asfan
  • Hafiz
  • Hazama

6 – Penyanyi Wanita Popular

  • Adira
  • Alyah
  • Dayang Nurfaizah
  • Fynn Jamal
  • Stacy

7 – Artis Duo/Berkumpulan Popular

  • 6ixth Sense
  • Akim & The Magistrate
  • Azhael
  • Black & RJ
  • Hijjaz

8 – Pelakon TV Lelaki Popular

  • Aaron Aziz
  • Adi Putra
  • Amar Baharin
  • Shah Iskandar
  • Sharnaaz Ahmad

9 – Pelakon TV Wanita Popular

  • Atikah Suhaime
  • Ayda Jebat
  • Emma Maembong
  • Nad Zainal
  • Siti Saleha

10 – Pelakon Filem Lelaki Popular

  • Aaron Aziz
  • Adi Putra
  • Shaheizy Sam
  • Zizan Razak
  • Zul Ariffin

11 – Pelakon Filem Wanita Popular

  • Atikah Suhaime
  • Cristina Suzanne
  • Neelofa
  • Sara Ali
  • Siti Saleha

12 – Artis Komedi Lelaki Popular

  • Abam
  • Achey
  • Jep Sepahtu
  • Shuib Sepahtu
  • Zizan Razak

13 – Artis Komedi Wanita Popular

  • Didie Alias
  • Dottie
  • Enot
  • Ifa Raziah
  • Jihan Muse

14 – Penyampai Radio Lelaki Popular

  • AG (Hot)
  • Deen (Hot)
  • Ebby Halim (Klasik)
  • Johan (Era)
  • Salih Yaccob (Sinar)

15 – Penyampai Radio Wanita Popular

  • Abby Fana (Sinar)
  • Adibah Noor (Suria)
  • Anisma Azwati Ahmad (Klasik)
  • Dina Nadzir (Era)
  • Fara Fauzana (Hot)

Agak-agaknya siapa pemenang untuk setiap kategori dan siapa Pemenang Bintang Paling Popular di ABPBH 5 April 2015?

Jadi kepada para peminat industri hiburan Malaysia, jangan lupa saksikan Siaran Langsung Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 pada malam ini 5 April 2015 di TV3 ataupun secara live streaming di laman web ABPBH.

Incoming search terms:

Senarai Penuh Pemenang ABPBH 5 April 2015

$
0
0

Senarai Penuh Pemenang ABPBH 5 April 2015 | Setiap tahun Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) menjadi tumpuan peminat industri hiburan tempat.

Senarai Penuh Pemenang ABPBH 5 April 2015

Bertempat di Arena of Stars Genting Highland dan disiarkan secara langsung di TV3, ABPBH menjadi pentas untuk para peminat memilih bintang pujaan mereka sebagai artis popular.

ARTIKEL BERKAITAN : Siaran Langsung ABPBH 5 April

Dibawah ini dikongsikan Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular untuk setiap kategori.

1 – Artis Baharu Lelaki Popular –  Hafreez Adam

2 – Artis Baharu Wanita Popular – Ayda Jebat

3 – Pengacara TV Lelaki Popular – Datuk Aznil Nawawi

4 – Pengacara TV Wanita Popular – Neelofa

5 – Penyanyi Lelaki Popular – Akim

6 – Penyanyi Wanita Popular – Adira

7 – Artis Duo/Berkumpulan Popular –  Akim & The Magistrate

8 – Pelakon TV Lelaki Popular –  Shah Iskandar

9 – Pelakon TV Wanita Popular – Nad Zainal

10 – Pelakon Filem Lelaki Popular – Shaheizy Sam

11 – Pelakon Filem Wanita Popular – Siti Saleha 

12 – Artis Komedi Lelaki Popular – Abam

13 – Artis Komedi Wanita Popular – Didie Alias

14 – Penyampai Radio Lelaki Popular – Johan

15 – Penyampai Radio Wanita Popular –  Fara Fauzana

Bintang Paling Popular ABPBH 2014 – Shaheizy Sam

Keputusan penuh akan dikemaskini dari semasa ke semasa sepanjang berlangsungnya acara kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian, ABPBH 5 April.

Incoming search terms:

Norman Dan Memey Selamat Timang Anak Kedua

$
0
0

Norman Dan Memey Selamat Timang Anak Kedua | Tahniah diucapkan kepada pasangan pelakon Norman Hakim dan Memey Suhaiza yang telah selamat menyambut kelahiran cahaya mata kedua semalam. Bayi lelaki seberat 3.45 kg dilahirkan kira-kira pukul 9:57 malam.

Norman Dan Memey Selamat Timang Anak Kedua

Berita gembira tentang kelahiran anak kedua mereka ini telah dikongsikan oleh Norman Hakim melalui akaun instagramnya @normanhakim_786.

Rata-rata peminat teruja dengan berita gembira itu. Malah perkongsian tersebut telah mendapat banyak respon positif dari peminat.

Sebelum ini pasangan selebriti itu juga telah dikurniakan seorang anak lelaki bernama Mohamed Darwisz Hakim. Seronok la Darwisz lepas ni, ada adik untuk bermain bersama.

Pasti para peminat sudah tidak sabar untuk melihat gambar anak kedua Norman Hakim dan Memey kan.

Sekali lagi tahniah diucapkan kepada Norman Hakim dan Memey. Bertambah besarlah keluarga Norman Hakim. Semoga semua anak-anak membesar menjadi anak yang baik dan berjasa kepada kedua orang tua mereka.

sumber: rotikaya

Incoming search terms:

Gambar Majlis Kahwin Pelakon Siti Elizad

$
0
0

Gambar Majlis Kahwin Pelakon Siti Elizad | Semalam telah berlangsungnya majlis resepsi pelakon yang popular menerusi drama bersiri Teman Lelaki Upahan, Siti Elizad bersama suaminya Shamsul Baharin di The Sacred Garden, Kuala Lumpur.

Gambar Majlis Kahwin Pelakon Siti Elizad

Sebelum ini berita tentang pernikahan pelakon ini mendapat perhatian ramai selepas beliau mengakui bukan sengaja merahsiakan tarikh pernikahannya pada 11 Januari lalu.

Mengikut perancangan awal, Siti Elizad mahu mendedahkan mengenai tarikh pernikahannya pada majlis resepsi tersebut namun berita pernikahannya berjaya dihidu dan terbongkar.

Siti Elizad dan Shamsul Baharin Rahman telah selamat diijabkabulkan pada 11 Januari yang lalu di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pada majlis itu, pihak lelaki telah memberikan mas kahwin sebanyak RM777, tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang dari pihak perempuan. Jumlah wang hantaran dirahsiakan

Tahniah diucapkan kepada Siti Elizad dan suami. Moga berkekalan ke akhir hayat.

Jom layan beberapa keping lagi Gambar Majlis Kahwin Pelakon Siti Elizad

Foto Majlis Nikah Siti Elizad

Foto Siti Elizad Kahwin

Gambar Resepsi Siti Elizad

Gambar Persandingan Siti Elizad

Gambar Siti Elizad Dan Suami

kredit: rotikaya

Incoming search terms:


Zizan Razak Bakal Nikah Gadis Sekampung

$
0
0

Zizan Razak Bakal Nikah Gadis Sekampung | Berita bakal berkahwin Jun ini yang dikongsikan oleh pengacara dan pelawak popular Zizan Razak agak mengejutkan para peminatnya. Lebih-lebih lagi bila umum mengetahui bahawa Zizan baru sahaja putus cinta.

Zizan Razak Bakal Nikah Gadis Sekampung

Namun menerusi laporan BH Plus, Zizan yang sejak kebelakangan ini dilanda dengan pelbagai kontroversi berkata bahawa gadis pilihannya itu adalah seorang gadis yang baru berusia 24 tahun dan sekampung dengannya iaitu dari Kuala Terengganu.

Buat masa ini Zizan masih merahsiakan nama gadis tersebut, dia hanya mengatakan bahawa gadis itu sudahpun bekerja.

Zizan yang bakal menyambut ulangtahunnya yang ke 31 pada 15 April nanti bagaimanapun menafikan yang keputusannya itu adalah satu tindakan yang drastik atau terburu-buru. Zizan menganggap keputusannya itu rasional dan merasakan dirinya sudah patut berumahtangga dan memiliki keluarga sendiri.

Malah Zizan turut menafikan bahawa dia membuat keputusan itu kerana mahu melarikan diri daripada kontroversi yang timbul, tetapi dia berharap berkahwin nanti dapat mengelakkan fitnah yang bukan-bukan.

Zizan turut merasakan sudah sampai masanya untuk kedua ibu bapanya yang sudah berusia itu melihat dirinya diatas pelamin dan sempat bermain dengan cucu mereka nanti.

Kata Zizan, dia akan pulang ke kampungnya dalam waktu terdekat untuk menyelesaikan urusan merisik dan meminang. Malah dia juga memberitahu bahawa bakal isterinya itu nanti tidak memerlukan solekan tebal untuk kelihatan cantik dan gadis berkenaan turut menghormati kedua ibu bapanya sehingga membuatkan hati Zizan yang sedang terluka terus tertambat.

Incoming search terms:

Amar Baharin Cedera Ditumbuk Di Lokasi Penggambaran

$
0
0

Amar Baharin Cedera Ditumbuk Di Lokasi Penggambaran | Pelakon Amar Baharin dikatakan telah mengalami kecederaan di bahagian mata selepas ditumbuk ketika sedang menjalani penggambaran drama Jalan Cinta Ke Syurga di Rawang

Amar Baharin Cedera Ditumbuk Di Lokasi Penggambaran

Kata Amar Baharin, kejadian berlaku ketika beliau dan beberapa pelakon tambahan lain sedang melakonkan adegan pergaduhan dan secara tidak sengaja beliau terkena tumbukan oleh seorang pelakon baru iaitu Redza Rosli.

“Sedang asyik bergelut, Redza yang sepatutnya menumbuk saya dengan kadar perlahan telah pun terlebih sasaran lalu menyebabkan kulit pada bahagian kelopak mata terkoyak,” tambahnya lagi.

Bagaimanapun Amar tetap meneruskan penggambaran selepas itu sebelum beliau dihantar ke Hospital Pakar KPJ Rawang untuk mendapatkan rawatan.

Amar Baharin

Doktor yang merawat Amar memaklumkan kepadanya bahawa luka di bahagian matanya itu agak dalam dan terpaksa dijahit.

Malang tidak berbau. Kemalangan boleh berlaku di mana-mana. Semoga Amar Baharin cepat sembuh.

sumber: rotikaya

Incoming search terms:

Sinopsis Drama Bersiri Bidadari

$
0
0

Sinopsis Drama Bersiri Bidadari | Drama bersiri terbaru di slot Lestary TV3 bertajuk Bidadari. Ditayangkan setiap Rabu dan Khamis, drama Bidadari akan memasuki episod kedua esok. Episod pertama Bidadari telah disiarkan pada 30 April lalu.

Antara barisan pelakon yang menjayakan drama Bidadari ini adalah Amyra Rosli, Shahz Jaszle, Nonny Nadirah, Syazwan Zulkifly, Sherie Merlis, Zamarul Hisham, Azhan Rani.

Drama Bidadari mengisahkan tentang seorang gadis bernama Suria yang dilakonkan oleh Amyra Rosli. Suria adalah anak kepada Delima (Sherie Merlis) yang merupakan seorang penyanyi kelab. Suria juga terpaksa menempuh keperitan hidup dengan bapa tirinya, Anjang (Azhan Rani).

Sinopsis Drama Bersiri Bidadari

 

Anjang seorang kaki judi dan gemar berfoya. Dia sentiasa mengambil kesempatan dengan mempergunakan Suria dan ibunya. Akibat sering diherdik dan didera Suria sukar untuk menerima kehadiran seorang ayah tiri seperti itu.

Delima seolah memendam sebuah rahsia. Biarpun Suria melayan ibunya dengan begitu baik sekali, Delima menganggap Suria hanya sebagai beban dalam hidupnya.

Nak dijadikan cerita, suatu hari Suria dan Delima nekad meninggalkan rumah kerana sudah tidak tahan dengan sikap Anjang. Takdir menentukan, mereka telah bertemu dengan Tengku Iskandar (Zamarul Hisham) yang merupakan seorang pemilik restoran. Tengku Iskandar tertarik dengan nyanyian Delima dan telah memberikan kedua beranak ini tempat berteduh untuk memulakan kehidupan yang baru.

Malah pertemuan itu juga telah membuka hati Tengku Iskandar untuk memperisterikan Delima. Jauh di hati Delima, dia hanya mengimpikan kemewahan dan dia sanggup buat apa saja semata-mata untuk mencapai impiannya.

Suria kini sudah memiliki seorang adik tiri bernama Tia, (Nonny Nadirah) yang ikhlas menerima kasih sayang Delima dan Suria.

Namun sikap Delima yang tamak bakal memusnahkan kebahagian yang baru terbina. Lebih memburukkan keadaan bila Delima mendapat tahu tentang rahsia Tengku Iskandar menyimpan isteri pertamanya bernama Melati yang koma dan dirawat di sebuah bilik rahsia.

Harapan Suria dan Tia untuk memiliki keluarga bahagia mulai musnah. Malah dalam masa yang sama Suria juga berada dalam dilema bila dia mula didekati dua insan istimewa dalam hidupnya, Adi (Shahz Jaszle) yang ikhlas mencintainya dan Lukman (Syazwan Zulkifli), abang tirinya yang sanggup berubah semata-mata untuk memenangi hati Suria.

Bagaimana Suria akan berdepan dengan semua rintangan itu dalam masa yang sama terus kekal sebagai insan berhati bidadari? Mengapakah Delima membenci Suria?

Untuk mengetahui kesudahan kisah yang menarik ini, jangan lupa saksikan drama bersiri Bidadari setiap Rabu dan Khamis jam 9 malam di slot Lestary di TV3.

 

Incoming search terms:

Fahrin Ahmad Umum Nikah 9 Mei Ini

$
0
0

Fahrin Ahmad Umum Nikah 9 Mei Ini | Pasti para peminat terkejut dan teruja dengan berita pernikahan Fahrin Ahmad sabtu ini. Yang menjadi tanda tanya kini adalah siapa bakal isteri Fahrin Ahmad?

Melalui sidang media sebentar tadi, Fahrin Ahmad telah mengesahkan bakal melangsungkan perkahwinan pada 9 Mei ini di Pusat Konvensyen Sime Darby.

Fahrin Ahmad Umum Nikah 9 Mei Ini

 

Namun Fahrin masih merahsiakan siapa wanita yang menjadi pilihan hatinya itu. Dia cuma memaklumkan bahawa bakal isterinya itu hanya orang biasa dan bukan dari kalangan selebriti. Katanya wanita pilihannya itu hanya akan diperkenalkan pada hari pernikahan nanti.

Pengumuman itu secara tidak langsung menafikan desas-desus mengenai hubungan Fahrin dengan pelakon Izreen.

Kata Fahrin, dia dan bakal isterinya itu sudah berkenalan sejak setahun lalu dan beliau sengaja tidak berkongsi mengenai hubungan itu lebih awal kepada umum kerana ia merupakanpermintaan kedua-dua belah pihak keluarga

Fahrin juga menambah bahawa keluarga bakal isterinya itu faham dengan kerjayanya sebagai pelakon dan mereka turut memberi sokongan terhadap kerjayanya.

Tahniah diucapkan kepada Fahrin Ahmad dan bakal isterinya. Semoga majlis perkahwinan mereka nanti berjalan dengan lancar.

sumber: bh online dan mstar

Incoming search terms:

Gambar Majlis Pernikahan Fahrin Ahmad

$
0
0

Gambar Majlis Pernikahan Fahrin Ahmad | Baru seketika tadi pelakon Fahrin Ahmad telah selamat bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya Elena Hani Eleas hanya dengan sekali lafaz.

Gambar Majlis Pernikahan Fahrin Ahmad

Fahrin, 36 dan Elena, 37 telah selamat dinikahkan oleh Ustaz Hazman Hashim dan berwalikan ayah kandung Elena, Haji Eleas bin Hashim dengan mas kahwin bernilai RM80.

Majlis pernikahan Fahrin Ahmad ini telah diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara Kuala Lumpur.

Tahniah diucapkan kepada Fahrin Ahmad dan isterinya Elena Hani. Mudah-mudahan kekal bahagia hingga ke jannahNYA.

Jom layan beberapa keping gambar majlis kahwin Fahrin Ahmad.

gambar isteri Fahrin Ahmad

foto fahrin kahwin

foto isteri fahrin

gambar isteri fahrin

Majlis akad nikah fahrin

Isteri fahrin ahmad

Gambar Fahrin Kahwin

 

kredit gambar: rotikaya

Incoming search terms:

Episod Akhir Drama Hati Perempuan

$
0
0

Hati Perempuan Episod Akhir. Penonton dan pengikut drama bersiri Hati Perempuan di slot Akasia TV3 pastinya sudah tidak sabar untuk mengetahui kesudahan kisah rumahtangga antara Tengku Zaril dan Yuhanis.

Ramai juga yang mengkritik jalan cerita drama ini akibat sikap Yuhanis yang suka lawan cakap suami dan degil sampaikan ada yang kata kisah ini seolah membawa mesej yang agak negatif  kepada wanita yang bergelar isteri. Kerapkali juga terbaca status di FB dan tweet “Betul ke Hati seorang Perempuan macam Yuhanis?” Apa yang suami dia buat, semua nampak tak kena je di matanya.

Tak tahulah betul atau tak ada perempuan yang bersikap macam Yuhanis tu. Mungkin ada, yelah sikap manusia ni berbeza-beza kan. Dan betul ke ada suami yang sesabar Tengku Zaril? Anda rasa…

Episod Akhir Drama Hati Perempuan

Tetapi biar banyak mana pun kritikan, drama bersiri Hati Perempuan tetap ada pengikutnya yang sendiri. Pengikut yang setia menonton dari episod pertama lagi. Malah Drama Hati Perempuan juga telah berjaya mempopularkan nama Syarul Ridzwan dan Mia Ahmad.

Rumahtangga Tengku Zaril dan Yuhanis tak pernah tenteram, asyik bertengkar je. Elok sekejap, lepas tu gaduh balik.

Dari episod pertama lagi, tak sah kalau diorang berdua ni tak bertengkar. Kalau di awal dulu, mereka kerap bertengkar kerana Daniel Idrus, bekas teman lelaki Yuhanis. Sekarang ini Ku Lin pula yang menjadi pengacau rumahtangga mereka. Ku Lin seolah terlalu obses dengan Tengku Zaril.

Agaknya apa kesudahan kisah ini? Akan bahagiakah akhirnya rumahtangga Tengku Zaril dan Yuhanis selepas berdepan dengan tragedi?

Kalau nak tahu tragedi apa…kenalah tonton Episod Akhir Drama Hati Perempuan pada pukul 6.55 petang nanti di Slot Akasia TV3.

 

Incoming search terms:

Gambar Majlis Perkahwinan Lana Nordin

$
0
0

Koleksi Gambar Nikah Pelakon Lana Nordin. Mazlina Hasan Nodin atau popular dikenali sebagai Lana Nordin telah selamat menjadi isteri yang sah kepada David McKienzie tepat jam 10.36 pagi tadi dengan hanya sekali lafaz.

Gambar Majlis Perkahwinan Lana Nordin

David atau nama islamnya Mohd Daud McKienzie adalah jurulatih dan pemain bola tampar olimpik untuk pasukan Amerika Syarikat.

Bertempat di Hotel Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan Selangor, Lana Nordin dan Daud McKienzie telah selamat dinikahkan oleh  Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Al Islah Serdang Raya, Seri Kembangan Mohd Ramizi Ramli dan diwalikan oleh bapa kandung Lana sendiri, iaitu Encik Hasan Nodin bin Mohd Zaidi dengan mas kahwin bernilai USD10000 atau RM 32000.

Pihak lelaki telah memberi 5 dulang hantaran dan dibalas dengan 7 dulang hantaran oleh pihak perempuan. Jumlah wang hantaran telah dirahsiakan.

Tahniah diucapkan kepada Lana dan suami. Semoga berkekalan bahagia sehingga ke jannah. Jom layan beberapa keping gambar majlis perkahwinan Lana Nordin.

Gambar majlis Kahwin Lana Nordin

Foto Kahwin Lana Nordin

Gambar nikah lana nordin

foto suami lana nordin

gambar majlis pernikahan lana nordin

lana nordin kahwin

kredit gambar: rotikaya

Incoming search terms:


Sinopsis Drama Dia Isteri Luar Biasa

$
0
0

Sinopsis Drama Dia Isteri Luar Biasa | Drama bersiri terbaru di slot Akasia bertajuk Dia Isteri Luar Biasa akan mula bersiaran hari ini 18 Mei 2015 menggantikan drama Hati Perempuan. Ini merupakan drama adaptasi kedua dari novel karya Umie Nadzimah. Sebelum ini adalah drama bertajuk Kerana Terpaksa Aku Relakan.

Sinopsis Drama Dia Isteri Luar Biasa

Drama Dia Isteri Luar Biasa terbitan Pena Creative Pictures ini diarahkan oleh Jamal Khan dan dibintangi oleh pelakon-pelakon ternama berbakat besar antaranya Shukri Yahaya, Nur Fathia, Keith Foo, Uqasha Senrose, Elizad Sharifuddin, Ardell Aryana, Ziela Jalil, Syatilla Melvin, Raja Farah, Afiq Muiz, Leez Rosli, Alexx Yanz, Lia Asmizza, Azza Elite , Supyan kepoh, Liza Abdullah, Nurul Aini, Shah Rezza

Dia Isteri Luar Biasa mengisahkan tentang kehidupan Dewi Yusra (Nur Fathia) yang mencari suami sementara bertujuan untuk mendapatkan anak, kerana menganggap dia mampu hidup tanpa cinta dari seorang lelaki. Dewi pernah mencuba untuk mendapatkan perkhidmatan kaedah IVF dan GTF dari klinik pakar perbidanan untuk mendapatkan anak sendiri, namun ditolak kerana menyalahi undang-undang. Sahabat baiknya, Kamarul juga pernah menawarkan diri untuk menjadi suami sementara Dewi. Nina anak kawan baiknya Eda sering menjadi peneman dirinya.

Kehadiran Dr. Raden Amzar (Shukri Yahaya) dalam satu insiden yang tidak disengajakan di Heathrow, ketika penerbangan pulang dari London ke Kuala Lumpur mengikat Dr. Raden Amzar terus disisi Dewi. Dr. Raden Amzar juga pelanggan setia Nasi Ayam Bonda dalam diam mencuri perhatian Dewi. Dewi mewarisi perniagaan Nasi Ayam Bonda tersebut. Seterusnya, Dewi merancang sesuatu agar Raden Amzar dapat menjadi Suami semantaranya. Apa yang dirancang berjalan lancar.  Dewi dan Raden Amzar ditangkap khalwat dan terpaksa menikah secara rahsia di Kota Londan.
Akhirnya Dewi disahkan mengandung, rancangan awal Dewi yang mahu meninggalkan Raden Amzar setelah mengandung gagal bila Dewi menerima alahan yang teruk. Keadaan lagi buruk bila bayi dalam kandungannya mahukan Raden Amzar sentiasa disisi. Raden Amzar sedar, Dewi masih belum boleh menerima dirinya lagi.
Apa akan terjadi seterusnya? Akan terbukakah hati Dewi untuk mencintai Raden Amzar?
Dia Isteri Luar Biasa
Untuk mengetahui kesudahan kisah antara Dewi Yusra dan Dr. Raden Amzar, kenalah tonton drama bersiri Dia Isteri Luar Biasa setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 6.55 petang di TV3. Untuk yang tidak sempat menonton pada waktu itu boleh juga ikuti ulangan drama Dia Isteri Luar Biasa bermula dari episod 1 di tonton.com.my.
sumber: infotaip

 

Incoming search terms:

Betul Ke Drama Dia Isteri Luar Biasa Tidak Bermoral?

$
0
0

Betul Ke Drama Dia Isteri Luar Biasa Tidak Bermoral? | Setiap kali ditayangkan sebuah drama bersiri terbaru di kaca TV pasti ia akan mendapat komen yang berbeza dari penonton. Ada yang mengemari dan menyokong, tidak kurang juga yang mengutuk dan mengkritik.

Betul Ke Drama Dia Isteri Luar Biasa Tidak Bermoral?

Hal yang sama terjadi kepada drama bersiri terbaru yang ditayangkan di Slot Akasia setiap Isnin hingga Khamis jam 6.55 petang. Dia Isteri Luar Biasa, satu lagi drama bersiri dari adaptasi novel. Banyak juga komen-komen positif tentang lakonan para pelakonnya. Namun ada juga kritikan dan komen-komen pedas yang mengatakan jalan cerita drama ini seperti tidak bermoral.

ARTIKEL BERKAITAN : Sinopsis Drama Dia Isteri Luar Biasa

Baru-baru ini ada peminat yang telah meluahkan rasa tidak puas hati dengan jalan cerita Drama Dia Isteri Luar Biasa. Dakwa peminat tersebut drama ini seolah menyampaikan mesej yang tidak baik. Seorang wanita yang ingin mendapat anak, sanggup memerangkap seorang lelaki sehingga terpaksa kahwin akibat ditangkap khalwat. Ketidakpuashatian peminat ini telah diluahkan di komen instagram penerbit drama tersebut.

kritik drama dia isteri luar biasa

Drama adalah sebuah hiburan. Setiap hiburan pasti melalaikan jika kita melihat pada kaca mata yang negatif. Seperti komen balas dari penerbit drama Dia Isteri Luar Biasa, Ziela Jalil

” Kalau macam tu tak payah tenguk lah, ada banyak lagi station lain yang boleh jadi pilihan awak”

Kalau kita rasa sesuatu perkara itu melalaikan atau merugikan, tak perlulah kita nak mengikutinya. Betul tak? Setiap karya yang terhasil sebenarnya, pasti ada mesej yang tersendiri. Baik atau buruk adalah pada tafsiran kita. Adakalanya mesej yang cuba disampaikan dalam sesuatu karya itu tidak sama tafsiran mesejnya dari pembaca dan penonton.

Anda rasa Betul Ke Drama Dia Isteri Luar Biasa Tidak Bermoral?

kredit gambar: Rotikaya

Incoming search terms:

Pelakon Vanidah Imran Terlibat Kemalangan

$
0
0

Pelakon Vanidah Imran Terlibat Kemalangan. Berita tentang nahas kemalangan di mana kereta yang dipandu Vanidah Imran terbakar mengemparkan industri hiburan. Mini Cooper yang dipandunya dikatakan terbakar tiba-tiba berhampiran Sungai Besi kira-kira jam 3 pagi tadi.

Pelakon Vanidah Imran Terlibat Kemalangan

Ketika kejadian, Vanidah Imran dikatakan sedang dalam perjalanan pulang dari penggambaran drama di Serdang.

Dari petikan laporan Berita Harian, Rashidi Ishak yang merupakan suami kepada Vanidah Imran memaklumkan bahawa isterinya selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Dia tak apa-apa, masih tidur lagi. Alhamdulillah dia terselamat daripada sebarang kecelakaan. Cuma sedikit trauma dengan apa yang terjadi. Kereta itu memang rosak dan hancur teruk selepas terbakar.

“Punca kereta boleh terbakar tidak diketahui dan kami menyerahkan kepada pihak berkaitan untuk menjalankan siasatan. Kami juga sudah membuat laporan polis di Puchong,” katanya.

Kata Rashidi, dia bergegas ke tempat kejadian sejurus mendapat panggilan daripada isterinya.

Kereta Mini Cooper yang dipandu oleh Vanidah itu merupakan hadiah kemenangan setelah pasangan suami isteri itu menjadi juara pertandingan Sehati Berdansa musim pertama pada tahun 2007.

Dibawah ini dikongsikan Gambar Kereta Mini Cooper Vanidah Imran Yang Terbakar

kereta vanidah imran kemalangan

kereta mini cooper vanidah terbakar

Gambar Vanidah Imran Kemalangan

Vanidah Imran Kemalangan

Syukurlah Vanidah Imran selamat dalam insiden tersebut.

kredit gambar: rotikaya

Incoming search terms:

Sinopsis Drama Syurga Nur

$
0
0

Sinopsis Drama Syurga Nur. Drama bersiri terbaru di slot Akasia TV3, Syurga Nur yang akan mula disiarkan pada 1 Julai ini menggantikan drama bersiri Dia Isteri Luar Biasa.

Sinopsis Drama Syurga Nur

Drama yang bukan adaptasi dari novel ini diterbitkan oleh JS Pictures Sdn Bhd dan diarahkan oleh Azman Yahya atau lebih dikenali sebagai Jinggo. Drama Syurga Nur akan mengandingkan pelakon Amar Asyraf dengan pelakon baru Janna Nick.

ARTIKEL BERKAITAN: Biodata dan Gambar Janna Nick, Heroin Syurga Nur

Di bawah ini dikongsikan barisan pelakon dan watak yang dibawakan oleh mereka:

Janna Nick sebagai Nur Jannah
Amar Asyraf sebagai Kamil
Azrel Ismail sebagai Dr Haris
Sheila Rusly sebagai Sarina
Raja Ilya sebagai Alin
Dayana Roza sebagai Siti
Erwin Dawson sebagai Adib
Ammar Alfian sebagai Nik Safuan
Elin Sharliza sebagai Alia
Khairil Anwar Aman sebagai Dato johar
Anne Abdullah sebagai Datin Mariam
Shajiry sebagai Said
Aidil Alias sebagai Ustaz Azim
Yaya Zahir sebagai Emma
Drama Bersiri Syurga Nur

Drama Syurga Nur Slot Akasia

Syurga Nur mengisahkan tentang Nur yang kehilangan kedua orang tuanya dalam satu tragedi pembunuhan. Selepas tragedi itu Nur dibesarkan oleh ibu saudaranya bernama Alin yang selalu menderanya. Kerana tidak tahan didera, Nur lari dari rumah dan kebetulan bertemu dengan Sarina yang begitu menyayanginya dan melayan Nur seperti anak kandungnya. Sarina mempunyai dua orang anak lelaki bernama Kamil dan Adib. Kedua-duanya tidak begitu menyenangi kehadiran Nur dalam keluarga mereka.

9 tahun kemudian, Nur menjadi seorang usahawan yang berjaya dan telah berjumpa semula dengan ibu saudaranya. Kamil pula mula mempunyai perasaan terhadap Nur tetapi tidak berani untuk meluahkan isi hatinya. Malah Nur juga merasakan Kamil menyayanginya bila Kamil menolak untuk dijodohkan dengan Siti.

Apakah kesudahan drama Syurga Nur ini? Adakah Nur akan melarikan diri lagi? Sanggupkah Kamil melepaskan Nur pergi?

Sinopsis Syurga Nur

Untuk mengetahui kesudahan Drama Syurga Nur, jangan lupa saksikan drama bersiri terbaru ini di slot Akasia bermula dengan episod 1 pada 1 Julai ini, setiap Isnin hingga Khamis jam 6.55 petang hanya di TV3.

Incoming search terms:

Biodata Dan Gambar Janna Nick

$
0
0

Biodata Dan Gambar Janna Nick. Nama Janna Nick tentunya akan menjadi sebutan mulai hari ini dengan bermulanya siaran drama Syurga Nur di slot Akasia TV3. Pasti ramai yang ingin tahu siapa Janna Nick?

Biodata Dan Gambar Janna Nick

Syurga Nur bukanlah drama pertama lakonan Janna Nick. Sebelum ini pelakon cantik jelita ini telah pun berlakon dalam beberapa buah drama yang telah ditayangkan di kaca tv. Dan yang terbaru drama lakonannya yang tengah disiarkan juga di TV3 adalah HidayahMu Ramadhan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sinopsis Drama Syurga Nur

Namun Janna Nick yang berlakon sebagai heroin atau watak utama dalam drama Syurga Nur pasti akan mula dikenali. Namanya pasti akan melonjak naik dan menjadi sebutan memandangkan slot Akasia antara slot drama yang paling popular di TV3 dan selalu mendapat rating yang tinggi kan.

Biodata Janna Nick

Janna Nick yang kini berusia 20 tahun, lahir pada tahun 1995 di Sungai Petani, Kedah. Berketurunan Cina, Pakisan dan Thai, Janna Nick merupakan bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pendang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas.

Antara drama yang pernah dilakonkan Janna Nick adalah Jodoh, Tonton Anak Ke-5, HidayahMu Ramadhan, Puasa Oh Puasa, Abang Sado Jual Kain dan yang terbaru Syurga Nur. Beliau juga pernah berlakon dalam dua telefilem iaitu Ikatan (RTM), Cinta Vlog (TV9) dan sebuah muzik video bertajuk Mikraj Cinta.

Untuk anda yang ingin mengenali pelakon baru Janna Nick ini boleh follow twitternya di https://twitter.com/jannanick95 atau di instagram https://instagram.com/jannanick

Gambar-gambar Janna Nick

Gambar Janna Nick

Gambar Janna Nick

Biodata Dan Gambar Janna Nick

Janna Nick Pelakon Syurga Nur

kredit gambar: drama.my

Incoming search terms:

Viewing all 236 articles
Browse latest View live