Quantcast
Channel: Hiburan – Nota Info
Viewing all articles
Browse latest Browse all 236

Sinopsis Drama Bodyguard

$
0
0

Sinopsis Drama Bodyguard. Bakal disiarkan di Slot Aksi TV3 pada 24 Februari nanti, Drama Bodyguard akan dibintangi oleh Faradhiya, Fattah Amin, Azrel Ismail, Sabhi Saddi, Lan Siro dan Idris Khan.

Sinopsis Drama Bodyguard

Drama Bodyguard yang mengisahkan tentang kehidupan dan cabaran yang perlu ditempuhi oleh pengawal peribadi yang ditugaskan untuk menjaga dan melindungi orang kenamaan. Drama bersiri yang bakal disiarkan setiap Isnin hingga Rabu jam 10 malam ini telah diarahkan oleh Nuad Haji Othman dan diterbitkan oleh A.Aida Production.

Sinopsis Drama Bodyguard

Fariz, Daniel, Rayyan dan Rahul adalah empat orang pengawal peribadi yang bertugas di sebuah agensi milik Natasha. Mereka berdepan dengan bermacam-macam cabaran hampir setiap hari. Dalam masa yang sama, Fariz  dan Natasha menjalinkan hubungan cinta tanpa pengetahuan yang lain.  Rayyan juga turut mencintai Natasha dalam diam dan meminta bantuan Fariz untuk menyatukan mereka. Hal ini telah mencetuskan konflik antara kedua-dua pengawal peribadi ini. Suatu hari Rahul telah ditembak dan dia menemui ajal. Tempatnya pula telah digantikan dengan Basri.

Untuk mengetahui kesudahan drama aksi ini, jangan lupa tonton Drama Bodyguard bermula 24 Februari ini setiap Isnin hingga Rabu, jam 10 malam hanya di Slot Aksi TV3.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 236

Trending Articles