Sinopsis Drama Isteri vs Tunang. Satu lagi adaptasi novel Drama Isteri vs Tunang telah memulakan siarannya semalam di saluran Astro Ria. Drama ini menggantikan drama Sha dan Shah. Dibintangi oleh Hisyam Hamid, Scha Al-Yahya dan Sharifah Sakinah, drama ini akan disiarkan setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam.
Drama Isteri vs Tunang telah diarahkan oleh Michael Ang dan diterbitkan oleh Cube Film Sdn Bhd. Antara pelakon lain yang turut menjayakan Drama Isteri vs Tunang ini adalah Azrel Ismail, Nina Nadirah, Lia Natalia, Shah Rezza, Liza Abdullah, Shahrifah Shahora, Mustapha Kamal, Natasha Elyzza dan ramai lagi.
Sinopsis Drama Isteri vs Tunang
Drama Isteri vs Tunang mengisahkan tentang Zaim lakonan Hisyam Hamid yang telah dicabar oleh Alana (Scha Al-Yahya) untuk mengahwininya. Zaim pantang dicabar jadi dia telah menyahut cabaran itu. Namun selepas itu Alana cuba untuk membatalkan pertunangan mereka dengan bantuan Irfan. Ayah Alana langsung tidak bersetuju dan ini menyebabkan Alana terpaksa meneruskan dengan rancangan perkahwinan demi untuk menjaga nama baik keluarga. Zaim kemudian mula menjalinkan semula hubungan dengan bekas tunangnya lakonan Sharifah Sakinah.
Apa akan terjadi kepada kesudahan kisah ini. Siapa akan menjadi pilihan Zaim, isteri atau tunang?
Selepas dah baca Sinopsis Drama Isteri vs Tunang ini jangan lupa saksikan drama ini setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam hanya di saluran Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123.
Seperti dalam drama-drama sebelum ini, lagu tema atau OST pasti turut mendapat perhatian. Lagu Tema atau OST untuk Drama Isteri vs Tunang bertajuk Pencuri Hati nyanyian Ayda Jebat.
Dibawah ini dikongsikan lirik dan videoklip pencuri hati
Lirik Pencuri Hati – Ayda Jebat
Jam di dinding terus berdetak
Kakiku juga terus berjalan
Tapi mengapa tak kau lepaskan tatapanmu dari diriku
Menembus hingga jantung ini terasa agak terhenti
Semua yang ada-ada pada dirimu
Membuat aku aku jatuh cinta
C’mon baby say you love me
Love me say you love me
Tak bisa ku sayang-sayang selain dirimu
Penjara kamu muka mu dalam hati ku
C’mon baby say you love me
Tak kuasa ku menahan rasa
Hati ku makin semakin berdetak
Tapi mengapa tak kau lepaskan tatapanmu dari diriku
Menebus hingga jantung ini terasa agak terhenti
Semua yang ada-ada pada dirimu
Membuat aku ku aku jatuh cinta
C’mon baby say you love me
Love me say you love me
Tak bisa ku sayang-sayang selain dirimu
Penjara kamu muka mu dalam hati ku
C’mon baby say you love me
1.. 2.. senyum manismu
3.. 4.. mirip matamu
Dengan kau pelarianmu
Bikin hati ku jadi rapuh
Si pencuri hatiku
Kau pencuri hatiku
Semua yang ada-ada pada dirimu
Membuat aku ku aku jatuh cinta
C’mon baby say you love me
Love me say you love me
Tak bisa ku sayang-sayang selain dirimu
Penjara kamu muka mu dalam hati ku
C’mon baby say you love me
Semua yang ada-ada pada dirimu
Membuat aku ku aku jatuh cinta
C’mon baby say you love me (say you love me)
Tak bisa ku sayang- sayang selain dirimu
Penjara kamu muka mu ke dalam hati ku
C’mon baby please don’t hate me .
Love Me, Love Me (ulang 8x)