Quantcast
Channel: Hiburan – Nota Info
Viewing all articles
Browse latest Browse all 236

Sinopsis Tersuka Tanpa Sengaja

$
0
0

Sinopsis Tersuka Tanpa Sengaja. Drama adaptasi novel Tersuka Tanpa Sengaja yang telah mulakan tayangan episod pertamanya di Astro malam tadi menggandingkan pelakon popular antaranya Amar Baharin, Emma Maembong, Hafreez Adam dan Amyra Rosli.

Drama Tersuka Tanpa Sengaja diarahkan oleh Keoi Haji Khalid dan diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Berunsurkan romantik komedi, Drama Tersuka Tanpa Sengaja akan bersiaran pada setiap Isnin hingga Khamis di saluran Astro Ria dan Astro Ria HD pada pukul 10:00 malam.

Sinopsis Tersuka Tanpa Sengaja

Antara pelakon lain yang turut menjayakan Drama Tersuka Tanpa Sengaja adalah Yusri Saleh, Nor Azifah Abidin, Natasya Elyzza, Adik Mirza Adam, Watie Sadali, Kuza, Azri Iskandar, Ajeera Rosli, Faye Kusairi dan Michael Ang.

Sinopsis Tersuka Tanpa Sengaja

Drama Tersuka Tanpa Sengaja mengisahkan tentang Farhah (Emma Maembong) yangmembuat keputusan meninggalkan segala kekayaan akibat berselisih faham dengan ayahnya. Farhah merasakan seperti dirinya tersisih jika dibandingkan dengan adik tirinya bernama Katrina (Amyra Rosli). Farhah menjadi kurang senang bila ayah kandungnya ingin menjodohkannya dengan seorang doktor dengan alasan untuk menjaga emak tirinya yang sakit.

Suatu hari Farhah bertemu dengan dengan Doktor Syed Arif (Amar Baharin) dan tercetus konflik antara mereka akibat perbezaan pendapat. Namun konflik tersebut membuatkan Syed Arif mula terpikat dengan Farhah dan bertindak melamarnya.

Pada awalnya lamaran Syed Arif ditolah Farhah tetapi kerana ingin mengelak dari mengahwini sepupunya, Farhah akhirnya bersetuju menerima lamaran Syed Arif. Tetapi Farhah terpaksa berkahwin tanpa berwalikan ayah kandungnya akibat tidak mendapat persetujuan.

Setelah berkahwin, Farhah cuba untuk mencintai Syed Arif namun dugaan pula muncul tiba. Syed Arif sebenarnya merupakan calon menantu pilihan yang pernah ayah Farhah ingin menjodohkannya dulu. Dan masa itu ketika dia menolak, ayahnya bertindak menjodohkan dengan Katrina pula. Pada waktu itu Katrina juga menolak tetapi kini bila Katrina mendapat tahu bahawa Syed Arif dan Farhah telah berkahwin, dia merancang untuk meruntuhkan rumah tangga mereka pula.

Apa akan berlaku seterusnya kepada rumahtangga Syed Arif dan Farhah? Dapatkah Katrina memusnahkan rumahtangga mereka? Apa pula yang akan Syed Arif lakukan bila mendapat tahu Farhah adalah wanita yang pernah menolak untuk dijodohkan bersamanya dahulu?

Apa pendapat anda tentang Sinopsis Tersuka Tanpa Sengaja ini? Untuk mengetahui kesudahan kisah ini, jangan lupa saksikan Drama Tersuka Tanpa Sengaja di setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10:00 malam hanya di Astro Ria dan Astro Ria HD.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 236

Trending Articles