Sinopsis Drama Abang Sado Jemur Kain. Hari ini akan bermulanya tayangan Drama Abang Sado Jemur Kain di TV3 mulai pukul 6:30 petang menggantikan Alaa Bib.
Menampilkan Shah Jazle dan Janna Nick selaku teraju utama, Drama Abang Sado Jemur Kain diarahkan oleh Nuad Othman dan diterbitkan oleh A Aida Production Sdn Bhd. Turut membintangi drama 20 espidod ini adalah Cat Farish, Ammar Alfian, Afzan Rahman, Fiza Halim, Keena Mentor, Kartina Aziz dan ramai lagi.
Dibawah ini dikongsikan nama pelakon dan watak yang bakal mereka bawakan dalam Drama Abang Sado Jemur Kain.
Watak Pelakon
Shah Jaszle sebagai Marzuki
Janna Nick sebagai Elyana
Azlan Mokhtar (Lan Siro) sebagai Budin
Cat Farish sebagai Riduan
Kartina Aziz as Mariam
Kay Maria as Sabariah
Fiza Halim as Dr.Aini
Keena Mentor as Sally
Sinopsis Drama Abang Sado Jemur Kain
Drama Abang Sado Jemur Kain mengisahkan tentang Marzuki, Budin dan Riduan yang telah membuka satu kawasan perlindungan haiwan. Marzuki merupakan seorang bekas samseng namun kini dia telah pun berkeluarga dan telah menghentikan perangai buruknya itu.
Marzuki tinggal bersama isterinya Elyana dan seorang anak lelakinya bernama Amir. Marzuki juga mempunyai seorang ibu mertua bernama Mariam yang juga tinggal bersama mereka.
Satu hari ketika Marzuki sedang berehat bersama keluarganya, dia mendapat panggilan dari seorang kawan bernama Dino. Dino menghubunginya kerana memerlukan pertolongan.
Apabila melihat Marzuki bergegas keluar rumah untuk membantu Dino, ibu mertuanya mula musykil. Mariam mula menyoalnya kerana beranggapan Marzuki masih seorang samseng. Marzuki berkeras menafikan tuduhan Mariam.
Bila Marzuki berjumpa Dino, dia memaklumkan pada Marzuki bahawa nyawa dirinya berada dalam bahaya. Dino sedang dikejar samseng kerana dia tersalah mengorat seorang wanita yang merupakan isteri kedua kepada ketua kumpulan samseng.
Namun Marzuki mengatakan yang dia tidak dapat membantu Dino kerana telah bersara dari dunia samseng. Dino kecewa tetapi dia terus memujuk Marzuki untuk membantunya.
Apakah akan terjadi kepada kesudahan kisah ini? Berjayakan Dino memujuk Marzuki?
Jika anda rasakan Sinopsis Drama Abang Sado Jemur Kain ini menarik dan anda ingin tahu kesudahannya. Apa kata anda tonton drama ini setiap Isnin hingga Khamis 6:30 petang hanya di Slot Iris TV3.
Incoming search terms:
- abang sado jemur kain (16)
- sinopsis abang sado jemur kain (11)
- name pelakon abang sado jemur kain (4)
- pelakon abang sado jemur kain (2)
- sinopsis drama abang sado jemur kain (2)
- Lagu tema abang sado jemur kain tv3 (2)
- drama abang sado jemur kain (1)
- cerita abang sado jemur kain (1)
- Abang sado jemur kein (1)
- abang sado jemur kain ost (1)