Sinopsis Pengantin 3 Jam. Sebuah telemovie yang berjudul Pengantin 3 Jam akan ditayangkan malam ini di Astro Ria dan Ria HD. Telemovie yang menampilkan gandingan pelakon Amar Baharin dan Amyra Rosli ini diarahkan oleh Megat Sharizal dan diterbitkan oleh Suhan Movies Sdn Bhd.
Antara pelakon lain yang turut berlakon dalam telemovie Pengantin 3 Jam adalah Kuza, Ameera Ramlee, Adik Aleeya Hanna, Ruzana Ibrahim, Faizal Jackson, Megat Sharizal.
Sinopsis Pengantin 3 Jam
Pengantin 3 Jam mengisahkan tentang Dhia dan Rizman. Perkenalan ringkas antara Dhia yang bersikap keanak-anakan dengan Rizman, seorang lelaki matang dan penyabar telah menyatukan mereka. Hubungan itu membawa ke jinjang pelamin namun selepas itu berlakunya satu tragedi. Tragedi apa yang meragut kebahagiaan mereka itu?

Untuk mengetahui kesudahan kisah ini, jangan lupa saksikan telemovie Pengantin 3 Jam pada pukul 10 malam ini (13 Ogos 2015) hanya di Astro Ria dan Ria HD