Gambar Majlis Kahwin Pelakon Siti Elizad | Semalam telah berlangsungnya majlis resepsi pelakon yang popular menerusi drama bersiri Teman Lelaki Upahan, Siti Elizad bersama suaminya Shamsul Baharin di The Sacred Garden, Kuala Lumpur.
Sebelum ini berita tentang pernikahan pelakon ini mendapat perhatian ramai selepas beliau mengakui bukan sengaja merahsiakan tarikh pernikahannya pada 11 Januari lalu.
Mengikut perancangan awal, Siti Elizad mahu mendedahkan mengenai tarikh pernikahannya pada majlis resepsi tersebut namun berita pernikahannya berjaya dihidu dan terbongkar.
Siti Elizad dan Shamsul Baharin Rahman telah selamat diijabkabulkan pada 11 Januari yang lalu di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Pada majlis itu, pihak lelaki telah memberikan mas kahwin sebanyak RM777, tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang dari pihak perempuan. Jumlah wang hantaran dirahsiakan
Tahniah diucapkan kepada Siti Elizad dan suami. Moga berkekalan ke akhir hayat.
Jom layan beberapa keping lagi Gambar Majlis Kahwin Pelakon Siti Elizad
kredit: rotikaya