Sinopsis Zahir Tak Terucap Slot Akasia TV3. Tonton Drama Zahir Tak Terucap lakonan Saharul Ridzwan, Raysha Rizrose bermula Selasa 27 Mac jam 7:00 malam di Slot Akasia TV3. Antara pelakon lain yang turut menjayakan drama Zahir Tak Terucap adalah Airel Zafrel, Chacha Maembong, Esma Daniel dan Farisha Irwayu.

Delusi – MJ (Meeya & Joe)
Cahaya – Syara
Sinopsis Zahir Tak Terucap
Zahir Tak Terucap mengisahkan kehidupan dua adik- beradik lelaki, Hisyam dan Haziq. Mereka bersaing merebut cinta gadis bernamaAisyah. Namun kehadiran Aireen pula cuba untuk menghalang Aisyah dari merasa bahagia.
Hisyam terpaksa berkorban menjadi ‘kambing hitam’ dan mengakui semua kejahatan Haziq. Dia nekad melakukan semua itu demi kerana mahu menutup aib abangnya yang telah meninggal dunia.
Hisyam redha dengan perjalanan hidupnya dan berusaha mencari Aisyah yang pernah dirogol oleh abangnya dulu. Hisyam cuba untuk bertanggungjawab pada gadis yang pernah menjadi cinta pandang pertamanya itu. Namun mendapat halangan daripada keluarganya, keluarga Aisyah dan juga bakal tunangnya, Aireen.
Apa akan terjadi pada Hisyam dan Aisyah di penghujungnya?
Ikuti drama bersiri ini untuk mengetahui kesudahan Zahir Tak Terucap di Slot Akasia TV3
The post Sinopsis Zahir Tak Terucap Slot Akasia TV3 appeared first on Nota Info.