Quantcast
Channel: Hiburan – Nota Info
Viewing all articles
Browse latest Browse all 236

Sinopsis Drama Hati Perempuan

$
0
0

Sinopsis Drama Hati Perempuan | Drama bersiri terbaru di slot Akasia bertajuk Hati Perempuan akan mula bersiaran hari ini, 30 Mac 2015 mengantikan drama Teman Lelaki Upahan. Adaptasi dari karya novelis Nur Ain Al-Abbas, drama bersiri arahan Kas Roshan ini akan ditayangkan selama 28 episod.

Sinopsis Drama Hati Perempuan

Dibintangi oleh pelakon Syarul Ridzwan sebagai Tengku Zaril dan Mia Ahmad sebagai Yuhanis dan turut dibantu oleh Hafreez Adam, Hafeez Mikail, Nadzmi Adhwa, Bella Nazari, Zuhairie Ibrahim, Noniswara, Mustaqem Bahadhon, Azlan Azman, Beego, Niena Baharun, Azhar Sulaiman, Lia Asmizz, Hazwan Halim, Kuna Muzani, Ryiena Ismail, Khatijah Tan, Aidil Aziz, Hanafi Rahman

Artikel Berkaitan: Sinopsis Drama Bencinta Di Slot Samarinda

Hati Perempuan mengisahkan tentang Yuhanis, seorang gadis tegas dan berdikari yang bekerja sebagai seorang arkitek di syarikat Izzudin & Co. Manakala, Tengku Zaril seorang jejaka kacak yang juga CEO Paradigma Holding, mempunyai rangkaian perniagaan seluruh dunia. Ketampanan dan kekayaan Tengku Zaril sering menjadi kegilaan gadis-gadis tetapi tidak pada Yuhanis. Baginya, Tengku Zaril ialah lelaki kaya yang sinis dan menjengkelkan.

Tetapi entah mengapa Tengku Zaril tiba-tiba melamar Yuhanis sedangkan sering sahaja mereka berselisih faham ketika berurusan. Idea gila Tengku Zaril ditolak kerana Yuhanis masih lagi memendam luka yang masih lagi berdarah di hati setelah ditinggalkan kekasihnya Daniel Idrus (Hafreez Adam). Namun Tengku Zaril tidak putus asa dan cuba memenangi hati Yuhanis dengan alasan mereka saling memerlukan.

ARTIKEL BERKAITAN: OST DRAMA HATI PEREMPUAN

Tengku Zaril mula berubah sikap kerana baginya tiada perempuan lain yang boleh dijadikan isterinya melainkan Yuhanis. Kedatangan rombongan keluarga Tengku Zaril untuk meminang mengejutkan Yuhanis lebih-lebih lagi apabila ibunya turut menerima pinangan keluarga Tengku Zaril itu. Yuhanis kini terperangkap dengan soal hati bukan sahaja pada Tengku Zaril malah juga pada rakan sekerjanya Nizam (Aidil Aziz) dan Daniel, bekas kekasihnya.

Bakal bersatukah dua jiwa ini sedang hakikatnya Tengku Zaril masih kosong hatinya dengan erti cinta sebenar manakala Yuhanis masih berpaut pada cinta yang lama?

Drama Hati Perempuan

Untuk mengetahui kesudahan kisah antara Tengku Zaril dan Yuhanis, kenalah tonton drama bersiri Hati Perempuan di Slot Akasia setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 6.55 petang di TV3. Untuk yang tidak sempat menonton pada waktu itu boleh juga ikuti ulangan drama Hati Perempuan bermula dari episod 1 hingga episod 28 di tonton.com.my.

Update Terkini : EPISOD AKHIR DRAMA BERSIRI HATI PEREMPUAN

Sumber: Galaksi Media.

Incoming search terms:


Viewing all articles
Browse latest Browse all 236

Trending Articles